April

Assalamualaikum. Dengan hati yang terbuka,ku pohon seribu kemaafan. Tiada masa yang lapang untuk meluangkan masa bersama cik Blog kita. Bulan empat? Ya,bulan yang dipenuhi dengan aktiviti sekola. Masa free? Kosong-kosong. Tapi takpe,tubuh sihat,badan cerdas,tubuh pun malas nak studi. Letih. 2latihan dalam satu masa. Sekejap ke gelanggan netball,sekejap ke padang tuk main hoki. Siapa suka? Tapi kadang-kadang takut tak adil pulak. Berebut aku katakan. Aish,berlagak. Jauhi perkara-perkaran munafik OK?

Ke sekolah seri paka untuk berlawan hoki. Bukan nak kutuk,tapi sungguh,padang dia memang teruk KOT.  Tapi takpelah,kalah menang adat permainan. :)

Ke sekolah kampung nyior untuk lawan netball. Bila masuk je pagar,mulut aku and hati aku iklas memuji. Wow,sekolah dia macam U. Kalaulah sekolah aku macam tu? Tentu bertambah kemanisan dan semangat budak-budak ni. Tapi takpelah,sekolah aku tak bazirkan tanah. Jadilah tempat letak kereta cikgu-cikgu luar datang mesyuarat,dan dataran tu jadi tempat berkawad.

BERKAWAD? Bercakap soal kawad. Ntah kenapa pintu hatiku terbuka untuk join sekali. Munking untuk enjoy. Tahun depan dah SPM kan. Tahun lepas PMR. Btw,aku adalah ahli pengakap yang tegas. Asalnya bomba,tapi kedua-dua group ni tak cukup orang,so ambil pengakap la senang. Orang cakap,masa depan cerah,sebab lawan dengan NGO je kan. Apa yang bestnya,kami cuma berlatih 3hari je. IMPOSIBLE kan ? BELIEVE ME. Tapi,berita buruknya PANDU PUTERI johan. Siapa tak marah? Time aku join masa form 2,takdelah johan. Haha,agak terkejut juga lah seposen. Tapi berita baiknya,kami Naib Johan. Hadiah sama je dengan Johan ke,Naib johan ke,Turun johan ke. Tak lain tak bukan,OXY adalah penaja sekolah kami. Andaian aku semata-mata,sebab apa? Sebab,apa-apa aktiviti atau acara,tentu cikgu kasi Oxy. Ramai cakap,cikgu menganjing.Ok,cikgu nak tolong jaga muka anak-anak murid dia kot. Tapi,kulit muka ku sensitif. Terpaksa buang. :)

Aku dibelakang sana yang kepenatan agaknya. Dewan dimana tempat persinggahan kami sebelum Koku
Me looks so Black
Aku belum sedia
Our scout member. Find me. :)
Sarah :)

Rasanya,itulah aktiviti bulan 4. Yang penting dah lah kan. :) Mueweheh.

Assalamualaikum