It's about CUTI

\Assalamualaikum/

Siapa sihat? Aku sihat. Cuti-cuti mana boleh sakit. Tak syoklah time cuti,bergelut dalam selimut 24jam. Dan tak syoklah kalau selalu buat tahi mata sampai sebesar kepala.Sebelum bercakap soal cuti,aku ingin berceloteh sedikit soal disekolah. Minggu terakhir aku rasakan bagai hari last sekolah. Duduk bersembang-sembang, Ada yang main catur,ada yang menyanyi. Dan aku sibuk main bingo dengan member-member aku. Boleh dikatakan selsema bingo la. Tengah sedap-sedap tidur,datang lah mamat yang bernama Asyraf Daniel. Ingat kan nak inform benda penting,tapi dia invite aku main bingo. Double Ek? Aku apalagi,ambat orang ajak main terus main. Yang pasti aku selalu menang. Cukup lah cakap pasal virus bingo. Sekarang kita cakap soal UJIAN. Seumur hidup aku,tahun ni merupakan tahun pertama aku dapat 3F. Kenangan manis maybe. Dan hari selasa merupakan hari pertama aku main baling-baling tepung bersama kekawan aku. Sampai sekarang tudung hitam tu masih belum dibasuh. Malasnya SUBHANALLAH

SELAMAT BERCUTI. Macam perasaan ada.

Btw,selamat bercuti. Bulan Mac dah nak habis. Tak sabar nak menyambut bulan April. Hari pertama cuti,aku dengan geng-geng habiskan masa di KT. Lawatan ke program JOM MASUK U. Banyak betul beg kiteorang dapat. Tapi sumpah hari Jumaat adalah hari paling letih sekali. Pergi pasar payang,pergi pusing-pusing bandar menggunakan sepasang kaki yang dicipta oleh Allah. Memang enjoy gile ah dengan geng-geng ni.

Hari Sabtu plak mak aku ajak temankan dia pergi rumah cg Fauziah. Sampai je rumah cg,orang pertama aku nampak ialah ayah aku. Orang kedua Amar diikuti cikgu Rosiyah,Ustazah Siti Rizat,Cikgu Fauziyah,cikgu Kamal,Cikgu Noraini,Cikgu Arina,and ramai lagi lah. Terkejutnya,cikgu tu panggil aku KAK. Kelakar pom ada.

Lets go to jamuan

Nampak seperti orang kaya kan? Aku mengaku ni spek TenTen. Terlalu bosan dalam Tenten.
Again. With qamarina. Terimalah bunga daripada kami silent reader.

Hari Ahad,Isnin,Selasa,Rabu duduk dirumah menghadap tv. Tapi,jangan pandang rendah. Muka aku dah siapkan nota sekarah kedua-dua bab tahu.Ambil masa dalam sejam. Keesokannya pula siapkan kerja Ustazah Maznah. Mereka memang awesome belaka. Tambah-tambah lagi cikgu Hamisun, Kasi kerja 30 pages. Kimia beb,memang pening lah kepala. Lebih-lebih lagi dia dah tak masuk kelas lebih kurang sebulan dah. Rasa otak aku dah full and tak boleh dah nak isi dengan kimia.

Berborak dengan family adalah hobi aku. Cakap soal kahwin and cita-cita. Tulah yang selalu keluar dari mulut aku, Bukan gatal,tapi merancang. Setelah 15 tahun dimuka bumi ni,baru sekarang aku yakin dengan cita-cita aku. Ya,dahulu aku hidup tanpa cita-cita. Cuma dimulut saja bilang "Cita-cita aku nak jadi Doktor". Bila umur dah jangkau belasan tahun,cita-cita aku ialah Pensyarah. Dan sekarang mak suruh aku jadi seorang Ahli Farmasi. Aku konirm. :)

Ok. Aku suka tengok gambar ni, Hah,seluar biru tu abang angkat aku sejak form 2. Still kekal berangkat. 
Back To School

\Assalamualaikum/