Post untuk minggu ke 3 dan 4

\Assalamualaikum/ 
Selawat keatas nabi. Semalam Maulidur Rasul. Disini ada berita baik dan berita buruk. Berita baiknya kita takde berita buruk. Berita buruknya kita takde berita baik. Ngee? ==' Stop joke. Berita baiknya adalah cuti. Dan berita buruknya tahun ni takde berarak. Oh,memang tak best. Kalau 3 tahun lepas selalu ada. Sampai peringkat daerah maybe. Dan yang pasti ofcos lah aku ikut serta kan?

First time bertudung bulat. Ngeee. Maka,terserlahlah kebulatan terdapat pada wajah.


Bercakap soal minggu ketiga. Minggu ketiga adalah minggu keputusan teknik diumumkan. Dan Minggu suka dan duka. Minggu ambil gambar. Tahu,keramaian budak-budak sekolah paka pindah sekolah teknik. Dan kelas aku sangat sunyi  nanti. Kaki bising dalam kelas iaitu Wani,Syakir,Paan,Khai dah takde nanti. Sungguh sedih. Takde lagi kedengaran Data. Sebab bos dia dah pindah Smarted. Takpelah,kurang sikit dosa dia. Haha. Tapi,paling menyedihkan Geng-geng FASFASFAYFA pom dah kurang dua orang. Tapi gelak tawa tetap ada. Kita tetap jumpa kan nanti. Em. Duk sana jaga diri elok-elok tau. Jangan gaduh-gaduh. Haha. Apa yang nak diberitahu,aku dapat tawaran ke teknik dungun jugak. Segala persiapan dah buat. List ke asrama pom dah siap. Tapi bila fikirkan,sayu gila nak tinggal kawan weh. Dan,kawan aku hasut aku. Cakap jangan pergi. Nanti nampak Aqiem buat date kan. Yang tu tak kesah mana. Pergi sana untuk study,bukan galok glenya.
Haha. Akhirnya,aku buat keputusan tuk stay Paka je. Alasannya,takmo lagi sakit hati. Kalau pergi sana nampak lah muka mamat tu,tentu teringat semua kenangan aku dengan dia. So,semakinlah aku berharap dekat pakwe orang. So,stop kacau pakwe orang. 
F.A.S.F.A.S.F.A.Y.F.A
Wani BULAT 

Again Fasfasfayfa

Tinggal lah kami 9 orang. Sorang tak datang,rumah jauh kot. 
Petang yang agak menyedihkan

Barulah aku tahu perpisah dengan sahabat camne. Syang betul nak lepas Wani. Baru tahun ni nak rapat,dia dah tinggal aku. Haha. Mueweheh. Takpelah,TIADA DUKA YANG ABADI DIDUNIA. Jumpa juga nanti.

Minggu keempat kiteorang pom berpisah. Wani dan Atikah tinggalkan sekolah Paka hari Isnin. Sumpah,sunyi blok sekolah ni. Hari ahad kiteorang dapat bantuan duit rm100. Dan,lupakan,semua dapat kan? Ok,bercakap soal aktiviti sekolah,memang tak best mana pom. Hari Selasa kiteorang pergi KOKU. Balik lewat. Memang tak best. Yelah,takkan hari pertama dah nak panjat pagar kot? Tak salah kalau pergi kelab. Kumpul ramai-ramai dalam bilik enjin kepunyaan cg Malim tu. Beberapa minit lepastu,abang Malim suruh kerat pokok and hias taman. Aku lah budak tak reti pegang gunting besar tu. Bila buat kerja je,ramai pulak laki form 5 tengok dari atas dan memuji. oh,agak malu. Perkara yang paling benci ialah,ketua kumpulan 6,mirul a.k.a kawan aqiem langsung tak buat kerja dan asyik bleber dekat aku. Ngee,dan aku pergi mengadu domba dekat abang Malim. Aku pergi hasut Malim,dan dia kena marah. Aku memang jahat. Dan aku tinggalkan gunting dan pergi kejar katak. Haha. 

Nilah duit rm100 tu

Korang tahu,sekolah aku naik taraf jadi MRSM? Memang menipu besar. Tapi series,sekolah aku turun taraf jadi sekolah rendah. 1:50 kena berhenti belajar. Dan beratur luar kelas untuk mengaminkan bacaan doa sesama. Jimat 10 minit aku. Tq cikgu Azman. 

Yang paling wajib tahu,aku adalah budak 4Bestari 2013. Dan aku berkhidmat sebagai penhancur kelas. Selain tu,aku suka curi barang kelas. Mueweheh. Kerja haram. Dan aku tak tahu nak cakap apa. Yang pasti,aku dah nak out. Okbye. 

\Assalamualaikum/