About Minggu kedua

\Assalamualaikum/
Bahagianya aku belajar tingkatan 4 ni. Lebih bahagia jika kawan-kawan 3A,ada sekali dalam 4B ni. Cuma bayang-bayang je kelihatan. Terkadang suara kedengaran. Tapi persahabatan kita tak kan pernah putus kan? Tak kira sejauh mana kelas kita. Seribu langkah sekali pun. Hati tetap setia berkawan. #LakiPerempuanSemuaSama. Yang wajib tahu,aku sayang kawan-kawan aku. Musuh? Setakat ni takde,cuma orang bermusuh dengan aku maybe ada.

Minggu ni sekolah aku busy sesangat. Yelah,setiap pagi ada perjumpaan. Mula-mula perjumpaan rumah sukan. Hari isnin perjumpaan unit uniform. Selasa perjumpaan kelab persatuaan dan hari rabu perjumpaan bagi rumah sukan. Semua perjumpaan ni adalah untuk melantik AJK. Agak membazirkan masa bila setiap perjumpaan ambil masa 30-40 minit. Memang membazirkan? Padahal akulah pelajar yang malas sekali belajar. Oh memang lah. Cikgu keluar,terus berarak pergi toilet and kelas 4A. Antara sebabnya adalah untuk membaiki tudung yang agak serabai.

Tahun ni aku dah jadi salah seorang kadet bomba. Yelah,tak nak jatuhkan nama Ranjer Puteri sebab sikap aku yang suka panjat pagar ni. Tapi Tahun Ni Tak Pernah Lagi Panjat Pagar Sekolah. Kalau Pagar Rumah Tu, Pernah Lah Sekali. Jadi bomba takpe,sebab hampir keseluruhan kadet bomba ponteng. And paling malang tahun ni kiteorang and the geng tak pegang jawatan pom dalam kelab MALAM,ops typo, kelab Reka Landskap lah. Hal ini disebabkan oleh ramai sangat ahli tahun ni. Kalau tahun lepas,geng-geng aku je lah yang tolong penuhkan bilik enjin tu. Geng-geng aku lah memeriahkan bilik enjin. Gelak tawa kami langsung tak dihiraukan walhal cikgu Malim adalah cikgu yang paling garang. Dia panggil aku makcik. Memang menyakitkan hati,tapi aku faham,dia cuma bergurau kan! Tapi,tahun ni budak-budak form5 aka kawan aqiem ramai dalam senarai reka landskap. So,menyampah la. Benci yang teramat geng ni sebab selalu mengelar aku aqiem and selalu panggil aku,main puji memuji,aku apalagi malu-malu kucing la.

Ok.. Lupakan.. Talking about merentas desa.. *Fush,apa punya otak la cikgu aku ni.*. Kenapa tahun ni awal sangat merentas desa nya cikgu azrol hah? Memang tak patut. Tapi bila merentas desa dah habis,rasa menyesal pom ada sebab aku banyak kali tak datang latihan. Hari ahad je mari. Hari Isnin and Selasa ponteng. Oleh sebab kaki terlalu sakit sangat. Yelah kan,aku bukan suka sangat berlari-berlari ni. Tapi,perkara menajubkan masa latihan hari tu,aku dapat nom 1-10 maybe dalam kategori P-18. Yelah,main tipu. Tapi takpelah. Aku ada lah jugak semangat berlari tahun ni. Entah hantu mana rasuk aku suruh berlari selaju macam tu. Ok,perasan. Aku nak cerita something ni. Dengar elok-elok,nanti jangan tanya. Takde cerita pom sebenarnya tapi ada satu benda yang harus aku bilang,aku lah budak yang tak tahu malu. Berlari sambil terjerit-jerit dekat kedai Pak Raja minta air peti. Dan,Pak Raja suruh kiteorang cepat-cepat berlari masuk dalam kedai. Pak Raja tak tahu yang kita terlalu lenguh? Haha. Sudah siap beli,kiteorang pom jalan-jalan jelah. Hampir sampai sekolah dah. Tapi tak sampai lagi. Bila sampai je depan pintu pagar sekola,aku dan yusra berebut nak masuk pagar. Ramai budak-budak tengok dan gelakkan kiteorang. Yelah,nak jadi orang pertama dari geng-geng aku ena gelak pom takpe. Ok,fine,aku nombor dua. Aku kena mengalah sebab aku kaka dia. Dia muda 8 hari dari aku.

You see this. Ok,ni untuk yang dapat tempat pertama. Ok,aku cop warna merah. Walaupun takde,aku tetap nak cop. Aku memang bolox. 

Berbaju pink,bertudung oren,berseluar jalur merah sebelah kanan seluar,berjalur putih sebelah kiri seluar,bernombor M292 disebelah kiri baju. Ye,itulah aku. Berpakaian semasa Tournament Merentas desa. 

Tengok,itulah aku. Hak milik mutlak Pak Cik Datar. 

Inilah pengetua aku. So,cute. Mueweheh. 

Semangat semakin kuat. Yelah,ada budak laki tu cabar aku. Aku pom bersemangatlah ingin melintas dia. Sebab aku kan pantang dicabar. At last aku mengalah,duduklah aku diatas lonkang. Ramai betul orang tengok kami berdua. At last,lelaki tu potong. Lorgh,aku ingatkan dia depan aku,rupa-rupanya baru memotong. Aku apalagikan,aku cepat-cepat bangun,yelah dia kan marah aku duduk selepas berlari,so aku bangun dan berlari tinggalkan dia. Dan dia melintas aku balik. Aku tak boleh tengok dia duduk depan aku,jadi aku melintas dia balik. Aku tinggal dia jauh-jauh. Bila dekat kedai Pak Raja je,dia pecut laju. Tapi kenyataan nya aku tak putus asa malah lebih bersemangat. Dan bila hampir-hampir sampai di pagar sekolah,aku buka langkah seribu. Geng-geng edi a.k.a adik aqiem kasi aku semangat suruh aku berlari. Mereka menjerit dan tepuk tangan,siapa tak malu. Ok,semangat dieorang kasi tulah aku berlari masuk sekolah. Bila masuk saja dalam kawasan sekolah,cikgu Aisyah pulak menjerit-jerit suruh aku berlari. Katanya ada mata lagi kat depan sana. So,dia suruh aku berlari cepat-cepat. Budak-budak manatah terjerit-jerit panggil aku. Aish,aku malas layan lah. Lantaklah aku dapat  mata ke tak. Asal aku sampai dan dapat duduk. Berjalan kayek orang mabuk. Cari kerusi,bukak kasut,bukak stokin,sapu peluh,minum air,baiki tudung dan straightkan kaki. Fush,lega. Nikmatnya. 

Banyak topik tentang merentas desa ni. Sekolah aku memang sibuk dengan merentas desa. Belajar sekejap,ada perjumpaan,belajar sekejap ada perjumpaan. Satu benda nak dibilang,yang aku tak sanggup nak tinggal geng-geng aku di Paka ni. Aku sayang dieorang.

Kalau datang Smkp,datang lah kekelas 4C. Disitulah kiteorang menjamu selera. Selepas menjamu selera,bersembang pulak dikoridor. Memang ohseem. Tak boleh bayang kalau aku pindah teknik nanti. #kalau dapat. Tentu tak ada geng. Jalan seseorang. Menyedihkan.

Tapi,satu benda yang perlu dibilang yang aku bahagia sesangat sekarang ni. Hidup tanpa bf memang menjauhkan aku dari stress bergaduh. Cuma stress bila berlajar je lah. Stress bertambah bila berlajar MathTam. Memang sakit kepala tahap 4. Tapi,aku taklah perah sangat otak aku,nanti boleh jadi gila. So,selepas selesai buat kerja,makan. Baru betul. :) Oklah,nak out,makan. Hari Jumaat ni banyak kerja nak kena buat.


\Assalamualaikum/