Minggu ke 5

\Assalamualaikum/
Lalalala. Hari ni aku bahgia sangat. Bahagia ? Yelah,sebulan dah berlalu. Cepat-cepat lah habis belajar. Nak masuk U plak ni. Haha. Ok,Happy February. Happy Friday. Happy Five o'clock.

Aku kan jadikan bulan Februari,bulan sewel aku. Tengok,pakai tudung pom dah sewel,


Pasal sekolah? No hal. So happy. Belajar dengan riang seriang yang boleh seperti Ribena.Lebih dari tu maybe. Hari ahad bertarikhkan 27-1-2013,aku catat rekod tak hadir ke sekolah. Terdapatlah pada buku rekod kawalan kelas,nama aku "Musfirah" berdakwatkan pen hitam di kotak ketidak hadiran. So-so-so malas. Nak-nak lagi anak sedara aku ada dekat Paka ni. Memang syok lah bersembang. Hari Sabtu tu semua benda belum siap. Dari tudung hingga ke kasut. Macam bukan sifat aku pula. Keesokkan harinya iaitu hari Isnin,aku pergi sekolah. Kena lah pergi kan,tak pasal-pasal posmen jadi orang tengah tolong hantarkan surat cinta dari sekolah kat aku. Meletihkan posmen je kan? Sebab tu lah aku pergi sekolah. #menipu. Continue,bila sampai je sekolah,member-member aku tunggu aku weh. Biasanya,tinggal je aku seseorang. Kena lah pergi perhimpunan sesorang. Haha. Memang terbaik. Hari selasa pom tetap camtu. Boleh dikatakan,akulah firah,akulah geng FASFASFAYFA yang selalu datang lewat ke sekolah. Aku tak tahu apa faktor aku datang sekolah lewat. Yang pasti,aku yakin aku akan berubah. Maybe.

Hari selasa,masa psk aku kena bersajak depan kelas. Malu sangat-sangat. Cikgu suruh anggap budak-budak laki ni batu. Batu tepi jalan. Sumpah tak boleh anggap. Dan,dengan selamba aku bersajak seperti menyanyi. Eh? Mana ada. Bersajak seperti membaca biasa. :) Dan hari selasa haritu ada aktiviti kokurikilum. Dan akulah salah seorang KADET BOMBA. Ok,lupakan. Yang pasti aku tak suka aktiviti kokurikulum. Untuk awal tahun ni,pergilah dulu. Untuk suka-suka. Nanti tengah-tengah tahun,jangan harap cikgu nak tengok muka aku lagi. Jangan harap satay abang depan sekolah laku pelanggan dia iaitu aku dah ponteng. Dan aku berharap rela kejar aku panjat pagar. Eh? Mohon dijauhkan. Haha. Apa boleh buat. Katok je rela tu. #aku tak jahat sebegitu k.

Hari rabu,sekolah aku ada buat sukan. Perjumpaan sukan untuk kumpulan satu. Nasib lah aku kumpulan 2. Minggu depan pergi latihan hoki. 2 tahun tinggal kayu hoki tu. Mohon tak lupa lah. Wakil sekolah ni wei. Jangan pandang remeh bin temeh boleh? Okfine. :)

Dan-dan-dan hari khamis hari paling tak best tau. Kena susun meja dan aku tak dapat duduk belakang sekali. Sedih tol. Haha. Btw,asalkan aku ta pindah kelas,pindah tempat pom jadi lah. Kena terima takdir sepenuh jiwa raga dan bakul.Kalau pindah kelas,susah lah sikit nak tengok crush aku kat atas sana. Susah la nak tengok abang angkat aku. Susah lah nak tengok sape-sape jelah. Haha. Yang pasti bukan 4we ok? Masa balik sekolah hari khamis tu,adalah senior aku a.k.a kawan aku,a.k.a kawan aqiem. Tanya aku apa tajuk depan Metro. And tanya pindah sekolah ke tak. Oh,memang cari pasal bibir ni. So,aku cakap lah dengan motif berkawan. Semua orang aku main "aku mu" kot. Haha. Takpelah,nanti tak pasal-pasal awek dia jeles kan! Tu pom,ada yang jeles. Haha. Abaikan.

<HABIS FASA SEKOLAH>

Insan di atas ini mempunyai penuh cita-cita. 


Nak tahu,malam rabu kan,aku kan ada  terdengar suara Aqiem menyanyi dekat dalam dorm. Sambil kawan-kawan dia main gitar. Sedih weh. Sedap suara dia. Lirik dia camni "SAYANG,kemana kau pergi,blablabla." Series tak sengaja dengar weh. Tapi,yang hairannya nape lah member-member dia selalu kacau aku hah? Terpaksa angkat and cakap bodoh. Dan bila nak tidur tu,aku teringat semua tentang dia. Jujur. :'(

Like this song maybe


Aku Musfirah,panggil aku Firah DM. Bukan Direct Message,but Datar Mukhtar. My father's name. Aku seorang yang pemalu. Kalau berjalan,tak hirau keadaan sekeliling nih. Jangan harap aku nak layan bunyi-bunyi tikus dan panggilan lelaki. Lain lah kawan aku. Hehe. Crush aku ke. Btw,aku memang SHY-SHY CAT. :) Tapi,bila sekali dah tegur,selamanya tegur. Bila sekali kenal selamanya aku ingat. Bila sekali rapat,dialah barang kianat aku. Mueweheh.

Jangan Lupe. Firah DM. :)

\Assalamualaikum/