Minggu pertama

\Assalamualaikum/ 

Minggu pertama sesi persekolahan dah pun tamat. Memang memenatkan. Hari pertama sekolah aku sudah bangun lewat. Oh Tuhanku. Pukul 6:49 baru bangun. Entah mahu bersiap untuk apa. Menompat sana sini. Nasib baiklah baju dah bergosok. Mengalas perut dengan dua keping biskut keju. Tak kenyang langsung. Sambil berlengang,masuk dalam dewan. Dalam hati membebel sesorang sebab tak jumpa cari kawan. Fush,jumpa juga akhirnya. Bersembang sampai dimarahi guru. Bila lagu Negaraku dipasang mulut langsung tak dibuka. Tapi,bila lagu sekolah dipasang aku bukak mulut dan ketawa. Memang lawak muzik permulaan lagu sekolah aku ni. Kena berdiri dalam sejam lebih. cikgu tak pedulikan kaki kiteorang ni. Nasib tak pensang saja. Bercakap pasal kelas,kelas aku memang buruk yang teramat. Kelas aku ditingkat dua,padahal tingkat 3. Takpelah,kurang sikit lenguh kaki naik tangga. Btw,tak boleh la nak tengok abang-abang  yang tak beberapa nak hensem. *hensem sebenarnya*. Masuk saja dalam kelas Raja orang pertama tegur aku. Berdiri depan aku dan cakap "HAI" berulang kali. Sehingga aku menjawab,barulah dia berhenti memanggil aku. Aish. Tapi,paling Wow,ayam sekelas dengan aku. Duduk depan aku. Maksud aku,depan aku ada wani,depan wani ada ayam. Haha. Dialah lelaki yang minat kat aku dulu. Paan pulak kawan yang tak ambil pengetahuan tentang sekeliling dia. Aku masuk kelas,boleh pulak ditanya kelas sekalikah? Geram k geram. Hari pertama kiteorang dah kena marah sebab kiteorang tak angkat buku teks. Cikgu Nazirah yang sempahkan dalam kelas kita,kita pula kena marah. Dugaan. Tapi yang paling malang sekali,fesday dah kena belajar addmath. Eh,kiteorang tak panggil add math tapi kiteorang panggil MatTam. Cikgu yang agak gatal mengajar kami. Iaitu cikgu Kamal,muka ala cina sebab moyang dia orang cina. Mak aku cakap sebab mak aku baik lah juga dengan famili dia. Sayangnya aku faham separuh saja. Tak faham sepenuhnya. Aku tak berubah menjadi lonceng didalam kelas. Selalu menjerit bila jam menunjukkan tepat pukul 10.55 dan pukul 1:55. *jam aku awal 5 minit*. Perut lapar,nak keluar rehat awal. Sebab malas berebut. Tapi tahun ni senang saja nak beli mee sup,sebab budak-budak tak ramai macam tahun lepas. Aku pun tak berubah. Suka tidur dalam kelas. Mengantuk sampai terkeluar air mata. Tak berubah dengan perangai suka round bangunan. Hantar rombongan pergi tandas bangunan lama. Double Wow gitu bila tandas bertukar menjadi cantik. Takde dah tulisan kat sana. Ahad nanti nak cari nahas lah. Pergi tulis nama sendiri. Na jadi orang pertama conteng.

Hari pertama dah berakhir,tibalah hari kedua. Kiteorang diminta buat nota kimia. Siapa suka? Sumpah,aku dah siap. Haha. Betul ke ntah nota aku ni. Moga-moga nota aku ni betul. Hari pertama tetap seperti hari kedua. Aku tetap menjadi lonceng kepada kelas aku. Sambil mengetuk-ngetuk meja sambil menyanyi. Bosan tahap cipan duduk dalam kelas. Dalam kelas aku ad 3 orang je geng. Tak macam tahun lepas. Aku rindu gila 3Amanah. Rindu budak-budak sporting. Tak macam tahun ni,budak-budak semua senyap dan tak reti bergurau. It so sad. Btw,kena terima kenyataan. Seorang mamat kejam iaitu syakir budak form 5 yang juga dikenali kawan aqiem minta aku pergi rumah aqiem minta serahkan duit kepada mie. Oh malasnya aku keluar rumah. Btw,tak salah kalau tolong. Muewehe

Hari ketiga hari khamis. Kiteorang ada orentasi. Tapi kiteorang memekak telinga. Buat-buat tak dengar saja. Sebab malas dengar. Kiteorang gelak-gelak sembang-sembang dekat belakang. Dan hari khamis masa kiteorang balik adalah jam 2:40. Ketinggalanlah cerita Aliya aku. It so sad. Ok. Bye.

\Assalamualaikum/