Ptdb

"Assalamualaikum to all my silent reader. Happy Sunday. School session will be back. #BerkatSirMunawarAjar". Terbuka sekejap pintu hati nak speaking.. "Bahasa inggeris diketegorikan dalam bahasa yang penting kerana dapat membantu kita suatu hari nanti dalam bidang pekerjaan. Oleh hal demikian gaji kita pom tinggi dan kita menjadi orang kaya #BerkatCikguNajibAjar".  Jika diikutkan,buat apa pikir benda yang terlalu jauh dengan kita? Bercakap pasal kerja? Tingkatan 4 belom masuk lagi. Jika diikutkan aku ingin bekerja linkungan usia 23 tahun. 24 kahwin. Oh mennnn! Dalam kiraan satu dua tiga,kita gelak sama-sama. Tepuk tangan sekuat boleh. "Sekarang umur aku 15 tahun. Bekerja dalam linkungan usia 22 tahun. 22 tolak 15 jawapannya 7 tahun. So,aku kena belajar 6 tahun. #BerkarSirKyusairiAjar.". Semalam aku dah tahu aku masuk kelas apa di sekolah paka. Masuk kelas nombor 2,iaitu Bestari yang mengambil khursus Sn. Semua geng kiteorang akan berpecah. Dan paling malang sekali,kelas aku boleh tahan ramai la juga budak cerdik dari kelas Khas. Oh,sejujurnya aku tidak suka. Dapatkah aku belajar? Perasaan malu tentu ada. Tapi apakah daya,aku nak lah juga melihat katak dibelah. Aku nak belajar fasal anak kembar. "Btw benda yang selalu ingat,sperm campur dengan ovum terbentuklah zygote,bertukar menjadi embryo dan bagai. #BerkatCgRosAjar "

Tulisan berwarna biru tu adalah cikgu-cikgu aku di tuisyen. Siapa tak kenal tuisyen aku? Meh nak kenalkan. Pergi Paka,singgah lah dekat X-Mart. X-Mart tu dekat Taman Uda. Taman Uda tu dekat dengan Lampu petroleum yang bebanyak tu. Ok,konfirm jumpa punya PTDB. Apa PTDB tu? Ptdb tu ialah Pusat Tuisyen Didik Bestari. Cikgu Nor adalah guru besar dekat situ. Guru yang garang sekali. #UstazahSebenarnya. Kiteorang tak dikasi memakai pakaian yang tak menutup aurat. Kiteorang tak dikasi buat date. Peraturan tu taklah berat sangat sebab aku takde pakwe tuisyen disitu.

Hari mendaftar adalah hari paling malang dalam sejarah. Lama mana dah aku tak bertuisyen bagai ni. Last-last tahun 2012 telah mencatat sejarah baru apabila pertama kali bertuisyen diluar sekolah. 4 minggu sekali. Hari Ahad Mathematic,hari Isnin kelas aku cuti,hari selasa belajar Bahasa Inggeris,hari rabu pulak kena belajar Bahasa Melayu,hari khamis Sn lah jawabnya. Aku punya kelas memang tak tentu arah. Kami diibaratkan hidup seperti nomad. Sekejap gelas K,H,J,I. Fush. Semua kelas dia kecil-kecil,dan kiteorang tak selesa belajar,panas bising dan bagai lah.

Fesday cikgu Mt,cikgu yang macho gila lah. Melting. Btw,cikgu tu tak lama mengajar kiteorang. At last cikgu kyushairi pulak mengajar kami. Sejarah hitam berlaku,pertama kali dia masuk mengajar kami,akulah perempuan pertama nak makan pemadam papan putih. Bersembang tentang Sn pom nak kena marah? OhChit. Sejak tu aku membenci dia. Hari pertama dia tunjuk respon yang agak kurang ajar. Btw,aku kena hormat dia. Lama kelamaan geng-geng aku pulak tak puas hati pada dia termasuk si Yusra. So,aku dengan Yusra berpakat nak pancitkan tayar kereta dia. Oh,memang kami jahat mengalahkan syaitan. #gelakkuatmacamsyaitan#. Aku tak buat,aku cuma mengarah,dan aku takda duit la nak mengupah ni. So,Amar and the geng dengan rela hati tanpa bayaran,maka pergilah pancitkan tayar dia.  Dua hari selepas tu,cg Nor datang bleber dan marahkan kami. Diminta mengaku dan menyerah diri. Dia cakap kereta cikgu tu teruk sangat. Cermin patah dan calar balar. Kesian pulak bila mendengar. Tapi,kes ni melibatkan kes polis. At last cikgu tahu siapa yang buat. Amar dengan Haziq. Amar tak dibuang tuisyen,tapi Haziq dibuang. Kasihan.

Bercakap pasal Sir Munawar. Seorang yang suka bercerita. Hal demikian,aku takdelah mengantuk belajar Bi. Selalu pasang telinga dan ketawa. Tu saja kerja aku. Selain itu,aku suka picnic. Menjamu selera dengan Yusra dibelakang sekali. Daripada benda sekecil kuaci,bertukar menjadi ayam dan naik taraf menjadi berger. Nasib baik takde jual nasi dekat situ. Bila buat keluar saja makanan,adalah suara lelaki yang jeles. Dia nak juga? Sape nak share? Beli sendiri lah. Huahua. Masih teringat,satu malam aku bawak berger. Aromanya menjeleskan sir Munawar sendiri. So dia apalagi,menemu ramah aku lah. Tanya aku beli kat mana. At last,perkara kelakar berlaku bila dia terduduk atas chew gum. Memang kesian dekat dia. Dia berlari keluar. Dalam 10 minit,dia tak masuk lagi. So,aku pom keluar lah cari dia. And aku nampak kat tangan dia ada sebiji berger. Aku gelak besar masa tu. Dan kiteorang makan sesama dekat tempat aku. The second moment,dia ambil fone aku. Dia ambik blutoh lagu. Lorgh,cikgu ni!

Aku dan nini. Take pict sendiri. Orang paling rapat dengan aku masa first tuisyen.


Cigu Sn dan Bm adalah cikgu yang sama. Aku paggil dia cikgu Has. Dia comel tambah kiut. Asal masuk saja kelas dia,dia selalu memuji aku. Cakap aku ramai pakwe bagai. Malu kejap. Dia sporting tahap gila ah. Memang terlebih sporting. Tak buat kerja pom dia suka. Kenapa dia nak marahkan? Dia tak rugi,gaji dapat tapi kitalah yang rugi sebab bayar berbulan-bulan tapi tak depat apa-apa. Cikgu Has nak kahwin dan sambung belajar. Dia tak dapat mengajar kami lagi. Cikgu Bm ganti lah cikgu lelaki. Dengan selamba aku masuk ke kelas dan aku bagi salam sekuat yang boleh sambil kaki dan tangan ala-ala berkawad. Pandang kanan tengok-tengok cikgu lelaki akan mengajar. Nama dia Najib. Dia pom baik tapi busy body sikit. Ada sekali dia tanya aku and Yusra. Dia tanya pasal tingkatan 4 nanti. So,aku kenakan dia. Aku jawab tingkatan 4 dan 5 aku belajar di SEKOLAH MENGAH SERI PAKA,tingkatan 6 aku belajar di SEKOLAH KAMPUNG NYIOR. #KamiBerduaKetawaSetan. Nasib cikgu tu tak marah. Dia beri nasihat suruh masuk teknik bagai lah. Bajet aku tak tahu. Mueweheh.

Aku takde. #nini,hanim,ira# miss a lot

Cikgu Sn adalah cg yang paling tak suka. Nama dia Ros. Aku buat muka faham saja kalau dia mengajar sambil tersengih. Takut dia tanyakan. Dia ni tegas. Pelajar tak diizinkan menggunakan telefon bimbit didalam kelas atau telefon bimbit anda masuk ke dalam air. Macam jahat saja. Tapi ada sekali ayah aku call,nasib baiklah dia tak marah.
Yang pegang hadiah berwarna biru tulah Sir Munawar. Sempena hari lahir dia. Yang pakai baju hitam berbelang-belang tu cikgu najib. Mueweheh.


Take 5 adalah masa yang diberikan untuk berehat. Aku dan Yusra pelajar perempuan yang sering keluar. Yusra pergi jumpa her Bf,but aku bersembang je lah. Semua budak-budak tu baik dengan aku. Bersembang sampai lupa nak masuk kelas. Bila cikgu panggil suruh masuk,aku mulalah menusuk belakang pintu tangga dan di tangga. At last kiteorang dimarah. Sungguh memalukan. Tapi aku buat muka setebal 5 inci. Take 5 juga masa mengambil gambar. Take 5 juga masa pergi beli air. Pintu tangga dikunci,so aku suruh je lah siapa-siapa yang lalu depan aku diluar sana,minta belikan air tapi takde upah la. Asal teh christahenianm #ntahcamneeje

Me with Yusra 

Tulah tangga tempat aku selalu tutup lampu dan menyorok dalam gelap. #hanim,aku,ira,aina

PTDB is the best. Munking tahun depan akan berubah. Munking dicat warna lain ke. Sebab cermin,dinding semua kotor. Conteng nama. Termasuklah gadis seperti aku yang suka mengoyak tikar diatas meja,menconteng nama-nama yang suka kianat aku,menjual nombor dan bagai. Btw,kiteorang buat tak tahu bila cg Nor minta Rm10 dari kami.