Our Memory 3Amanah Smkp Part3

Pagi ini dah masuk dua hari aku puasa. Puasa ganti. Mohon-mohon masa cepat berlalu. Na buka puasa cepat-cepat sebab perut aku dah dangdut,poco-poco dan macam-macam lah. Siapa rajin puasa? Takde siapa-siapa selain Rasul. Kawan,tolong ingat-ingatkan aku,puasa ganti tinggal satu hari lagi,puasa nazar 2 hari lagi. Kiranya 3 hari lah. Kalau aqiem tak masuk lokap tak kan punya jadi 3 hari. Sekurang-kurangnya 2 hari. Aish,ruginya niat camtu,padahal dia memang keluar punya. Tu nasib baik aku tak niat 5 hari. Fush,memang pengsang aku jawabnya.Dengan niat yang suci lagi mulus ni,aku tak tahu nak tulis apa pasal tingkatan 3 ni. Tapi bila difikirkan,sekejapnya 2012 berlalu. Kenapa tak sepanjang yang aku rasa masa 2011? Silap siapakah? Mungkin jadual aku penuh. Dengan tuisyen lagi,dengan pakwe lagi and bagai lah. Tapi 2011 masa paling lama berlalu. Tak tahu kenapa,munking bersama orang tersayang maybe.

Sekolah aku sekarang nak upgrade jadi tadika. Warna warni. Mengalahkan tadika aku. Btw,akulah budak paling menyibuk semasa sesi peng-catan berlaku. Malah,tangan aku selalu kena cat. Perkara yang  selalu geng aku buat ialah mengubah lukisan yang cikgu lukis di dinding. Dan kiteorang selalu meng-komen lukisan cikgu. Btw,ada lah juga hasil tangan aku sikit. Banyak sangat perubahan sampai aku teruja sangat-sangat. Btw,aku rindu sesangat kelas aku. Siapa tak rindu? Budak-budak form 4 belajar kelas aku,so tak dapatlah pergi jenguk. Malu punya pasal dengan abang-abang dan kakak-kakak senior aku. Lagi merindukan ialah meja aku. Meja yang penuh dengan hasil tangan aku. Conteng sana sini. Kalau lah kawan-kawan aqiem baca,tentu memalukan. Sebab semua aku luahkan kat meja tu. Bosan kan,cikgu ajar depan aku conteng di belakang. Cikgu ajar depan aku mengikis meja kat belakang. Oh meeen. Di meja aku terkikisnya perkataan FIQI. Okea,kenangan k kenangan,kalau boleh aku nak buat balik meja aku tu. 

Aku masih ingat aku lah pelajar yang paling cenderung dalam pelajaran Mt. At last,aku ada semangat nak belajar Mt,sebab niat aku nak mengalahkan someone. One day,cikgu ajar pasal X. Cikgu tengah terang di hadapan dan cikgu sebut "ada X" berulang-ulang kali dan aku menyampuklah sebab aku geram, Aku jawab "ada segalanya" ala-ala iklan celcom tu. Tengah sedap-sedap siapkan kerja,aku dengar orang gelakkan aku. Fush,tak perasan lah pulak semua tengok aku dan gelakkan aku sekali dengan cikgu gelakkan aku. Kuat ke suara aku tadi? Mueweheh. 

Masih ingat lagi,aku dengan member-member aku adalah golongan malas solat hajat. Selalu beri alasan ABC. Wow,setiap minggu uzur. Muka yang telah dicop oleh cikgu dan ustazah. Setiap minggu kena marah. Sabar jelah. Budak cerdik tapi perangai teruk. Kelas pagi selalu ponteng. Yelah,kena mari sekolah seawal 7 pagi? Siapa nak? 2 hari dalam seminggu selalu ponteng,walhal tempat belajar tu depan dengan tempat lepak pagi-pagi. Nak masuk kelas,kena tengok jadual dulu. Kalau cikgu garang,tak boleh la ponteng.

Okea,habis untuk tingkatan 3 di smkp ni. :) Akhiri dengan tangan ala-ala usop whelchair yang tak pernah lapuk. Salam diberi,dan wajib dijawab.