Alhamdulillah

First,terima kasih sangat-sangat pada Kolony. Siapa tak kenal? Celcom punya anak buah yang boleh mesej free. Free? Tak lah free sangat,kena guna koinz but koinz tu yang kena beli. Buat apa terima kasih kat Kolony? Sebab,dia lah yang tolong kejutkan firah dari tidur jam 9 pagi tadi. Yelahkan,hidup sendirian tanpa lelaki yang kita sayang,tanpa lelaki yang kita cinta,sunyi sangat. Kalaulah aku masih still dengan dia,ofcouse pukul 5 pagi aku dah terkejut dari lena. Wah,terkapai-kapai dalam mimpi. Dah terlebih. Kalau lah dia still dengan aku,akulah perempuan pertama terpacak depan pintu pagar sekolah. Menunggu kehadiran Pak Jaga sekolah. Rindu sama dia. Ok lupakan,siapa cakap aku tak semayang Subuh? Silaplah anda. Saya solat tapi saya sambung tidur. I know it bad habit. Btw,syaitan manalah hasut aku tadi. Berat betul kaki melangkah masuk ke bilik air tuk berwuduk. Btw,aku berjaya bertaruh dengan syaitan itu. Kerna,aku tidak mahu keputusan Pmr aku teruk. Solat hajat setiap kali selesai solat fardhu telah dibuat. Dengan harapan dapat lah terima apa yang aku dapat. Sejak bila pandai solat hajat? Sejak aku dapat tahu dia sakit,sejak aku tahu yang dia dipukul,dan sejak aku tahu dia bermalam dilokap. Maka terbukalah pintu hatiku,aku hajatkan agar dia terlepas dari segala masalah dan Allah permudahkan segala urusan dia. Bacaan Al-Quran dilakukan. Amin,doa dan hajat dimakbulkan. Melompat-lompat sehingga ibuku memegang kepala aku. Merasa adakah aku demam. Ibuku selalu macam itu. Ok,lupakan. Yang penting aku bahgia sebab dia tidak bersalah. Ok,lupakan. Yang penting result aku baik.



Alhamdulillah. Aku dapat 4A 4B. Terlompat dengan kawan dalam dewan sikit tak rasa malu. Bangga dengan keputusan sendiri. Mengalir juga setitis air mataku. Tapi dilap. Malu. Tapi,inilah usahaku. Aku redha. Inilah usahaku last minit. Baca buku. Mengafal diluar saat exam dah nak dimulakan. Aish,pengawas suruh masuk,aku sibuk belek buku rujukan,nasib tak dimarah. Haha. Perkara paling teruk. Btw,masa exam haritu kiteorang selalu rancang makan gula-gula. Dengar je seorang buka,semua buka. And aku pulak berangan tepi tingkat. Keterukan dapat dilihat.



Teringin nak Pmr semula. Nak buat yang terbaik lagi dari apa yang aku dapat sekarang. Tapi aku dimarahi oleh ayahku. Bukan sebab result,but aku tak bersyukur. At last,aku bersyukur juga. Btw aqiem, ini adalah untuk mu. Aku buat untuk mu. Nilah yang aku dapat. Alangkah bagus kalau mu masih still dengan aku. Munking result aku dua kali ganda dari sekarang? Haha. Btw,aku tak hampakan hati mu kan? Aku tengok mu gelak saja. Bagaimana sekalipun,MT aku pun A. Yeah. Kite sama,so tak payah nak selekehkan aku? Aku saja buat bodo depan mu supaya aku dapat tengok mu ajar camna. Hehe. Ok,petang tadi pergi rumah dia seketika. Niat untuk berteduh,at last kiteorang dijemput masuk. Tak sangka punya lama tengok tv sampai lupa mahu pulang. Ok,aku protes sepak selipar and remote dia. Haha. Tulah,panggil sangat aku "bodoh". Aku lagi cerdik dari dia sebenarnya. Dia jeles aku dapat lebih 2A dari dia. Satu lagi,dia jeles aku pergi sekolah jauh. Haha. Ok,aku reka. Jangan percaya. :)

My big hope,nak lah juga dapat hadiah. But,tak munking kan? Keputusan tak cun sangat macam tuan dia. Haha. Lagipun,aku tak suka meminta. Ok. The end. Mata minta dipenjamkan.

#AkuDiperlakukanBegini