Our memory 3Amanah Smkp


Kasi salam,lambai tangan. Assalamualaiku and hye. Hari ni tak nak bercerita tentang ex aku. Cukuplah aku mengepos semua tentang dia. Bangun tadi hati rasa lega bila semua dah diluahkan. Hati lega bila dia dah bebas. Cuma mimpi saja. Okea,stop cakap pasal dia. Nik,jagakan am untuk firah. Firah takmo berebut am dengan nik. Insyallah Firah akan melupakan dia satu hari nanti. Tapi percayalah nik,setakat ni firah masih tak dapat lupakan dia,walaupun firah selalu dimarahi olehnya.

2012 adalah tahun aku menabur harapan. Menabur harapan pada semua orang. Pada ibu bapa,keluarga,diri aku sendiri and sekolah. Memang sukar kan apabila semua bergantung pada kita semua. Hanya Allah saja yang tahu. Fesday sekolah,perasaan hepi merupakan perasaan yang paling banyak bila di vote-kan oleh kami,pelajar tingkatan tiga. Apabila sekolah mengharapkan kita semua berjaya. Fesday sekolah,aku mendaki tingkat 3 untuk naik kekelas yang dinamakan 3 Amanah. Setiap kali mendaki tangga,saat itulah pelajat merungut minta lif. Macam-macam alasan,membazir masalah and bagai lah. Bila sampai tingkat 3 kelihatan kelas melambai-lambai memangil aku masuk. Bila tengok,eh,kelas aku hujung sekali? Kenapa tak setentang dengan tangga. Aku teringin sangat setentang dengan tangga,dapatlah tenok orang turun naik. Tahu kenapa kelas kami hujung sekali? Sebab cikgu nak kiteorang fokus betul-betul la. But,peristiwa lucu,aku hampir-hampir salah masuk kelas 3Bestari. Yelah,teringat seperti tingkatan dua haritu. Bila masuk saja dalam kelas,kelihatan ramai sudah cop meja,munking aku lambat,yelah gosip tak habis-habis kat bawah sana.Meja aku cukup bersih and cukup canti and cukup sempurna. Kerusi pun sama,takda calar balar,takde kotoran. Hehe. Tapi aku tak puas mencari meja si dia. *jujur*. And tak jumpa. Yang pasti lelaki lah yang guna meja dia. Sokay,tak jelous.  Geng kiteorang tahun ni tak ramai,sebab keramaian nya turun kelas. So sad. Btw,YusMusNiNa tetap menyerikan kelas kami,iaitu Yusra,Musfirah,Aini and Aina. Gambungan nama kiteorang. Tak kira pergi kemana-mana,kiteorang akan selangkah dan satu tujuan,kadang-kadang saja tak satu tujuan.

Yusra,aku,Aina,Aini

Fesday sekolah adalah hari amat dinantikan apabila seorang guru kelas  mengumumkan siapa guru akan mengajar kami. Sobadly,kiteorang dapat seorang guru paling garang di sekolah kami. Sebut saja Saloma,macam-macam gelaran kita dapat dengar kan? Saloman,ikan jerung,Ok cikgu,kite mintak maaf sebab mengumpat. Result belom ambil tapi mengumpat tak berhenti.Tapi belajar dengan dia best sangat. Kita tak payah la buat salah dengan dia,kalau tak nahas selalu menjemput kita bila dia masuk mengajar. Nama aku selalu menjadi sebutan dia,*dia ingat nama aku*,sudah terpacak dalam otak dia kot. Bila salah jawab soalan kena pergi dihadapan kelas. Disuruh SMILE,and dia tarik pipi. Tulah pipi aku semakin tembam. Setakat ni,aku dan dia tak selalu bergaduh. Malas lah cari pasal,nanti tak pasal-pasal dia kutuk aku dalam kelas setiap kali masuk. 

Pelbagai ragam dalam 3Amanah,sebut saja nama,semua cikgu kenal. 3Amanah merupakan pelajar yang malas buat HW,malas datang sekolah tapi bijak,malas masuk perhimpunan,bising dalam kelas and bagai. Yang paling lucu,pelajar lelaki kelas aku memang tak tahan kencing. Cikgu keluar,terus seperti kambing terlepas tahanan. Sejujurnya kan,perempuan ada jugak camtu,tapi perempuan pergi toilet 2,3 orang saja,taklah sampai satu kelas. Btw,YusMusNiNa tak suka pergi tandas. Setahu aku,YusMusNiNa suka masuk kelas orang melepak dan ketawa terbahak-bahak. Itulah kami yang tak sedar diri. Sehari sebelum Pmr,sempat lagi ketawa terbahak-bahak sampai keluar air mata. 

Bila perhimpunan,group kami buat bulatan dibelakang and enjoy together. Walaupun guru sering memarahi kami,kami buat derk,berdosa nya kami. Haha. Tapi keajaiban berlaku apabila seorang guru yang bernama Malim berjalan bersama rotan magic nya,tak payah buat arahan,terus sempurna barisan. Takut kena rotan lettuw. Ok,teringat lagi,masa form 1 kami sekelas kena duduk bawah meja. Nasib baiklah aku tak setinggi sekarang,so tiada kesulitan lah. Kiteorang kena denda sebab tak tutup lampu meninggalkan kelas. Haha. Masa form two kiteorang juga kena denda,tapi sudah lupa,banyak sangat denda diberikan olehnya. Masa form3,kitaorang kena denda cabut kasut and berlari turun kebawah dalam masa 5minit. Ohmaann. Memalukan apabila hampir semua pelajar form1 tengok kiteorang berlari. Tapi,akulah pelajar yang lambat sampai kekelas oleh sebab kasut aku cicir ntah kemana. Sobadly.

Aku and the gang suka menyusahkan,menganjing and menipu cikgu. Tak kiralah cikgu baik seperti malaikat sekali pun. Yang aku ingat,kiteorang sering keluar pergi tandas,walhal kiteorang pergi beli makanan,lapar. Mohon ampun. Kiteorang selalu buat kerja sekolah last minute. Yang paling teruk,kiteorang pernah mengalirkan air mata seorang cikgu. Cikgu yang baik. Siapa tak maraj kalau meniru masa periksa,periksa percubaan PMR lak tu. Teringat cikgu tu cakap,dia tak pernah jumpa lagi pelajar 3Amanah macam ni tahun sebelum-belumnya. Sedih plak. Double Wow,abis satu sekolah tahu pasal kiteorang. Kiteorang hampir-hampir kena kaunseling. Nama kelas kiteorang selalu naik bila mesyuarat. Ada cikgu buat cerita macam-macam. Hampir kesemua cikgu pandang rendah pada kiteorang. Btw,kiteorang kadang-kadang membanggakan sekolah juga.

Paling teruk,aku membawa tabiat makan nasi dalam kelas. Makan nasi kerabu hari-hari. At last,hampir kesemua makan nasi dalam kelas. Double what,haha. Semua ikut aku ye? Hehe.Pelajar tingkatan 3 merupakan pelajar suka lepak dikoridor. Sambil memerhatikan orang bawah sana. Memang best. Mengumpat tak kira jantina. Bergaduh di koridor,bersembang ditangga. Memang terukkan. Apa-apapun perangai ni taklah teruk mana,yang paling teruk kiteorang selalu masuk olahraga yang tidak dianjurkan pihak segala. Olahraga lompat pagar sekolah. Setiap hari selasa,jam 1:15-1:40. Festime lompat,ramai siot laki tengok. Heboh sekejap,perempuan baik melompat pagar. Belari ramai-ramai. Paling kelakar aku melompat keluar and hampir-hampir kena langgar kereta. Banyak kali lah kiteorang melompat ni. Semua pagar kiteorang lompat. Setinggi kepala pom ada,tapi kiteorang lepas juga walaupun cikgu panggil. Paling mengerunkan kiteorang hampir ditangkap oleh RELA. Memang debar lah. Ada sekali melompat pagar hampir-hampir jatuh atas orang laki. Nasib baik awex dia tak marah. Yang paling pelik,apabila ponteng,kiteorang lalu depan sekolah pulak tu. Kedengaran suara cikgu memanggil kami.

Continued.